Sunday, November 16, 2008

percayalah

Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan

titis airmata

Ada dua titis air mata mengalir di sebuah sungai. Satu titis air mata tu menyapa air mata yg satu lagi," Saya air mata seorang gadis yang mencintai seorang lelaki tetapi telah kehilangannya. Siapa kamu pula?". Jawab titis air mata kedua tu," Saya air mata seorang lelaki yang menyesal membiarkan seorang gadis yang mencintai saya berlalu begitu sahaja."

larut dan luruh

Semalam kita sering bermain bersama-sama
wajah sungguh gembira dan ceria
ketika masih menuntut ilmu
di kota di raja.
Dan entah mengapa....
kita sudah pun berpisah
kerana telah dewasa
masing-masing mengambil jalannya sendiri-sendiri
Hari ini kita bertemu
ku lihat wajah kita sudah berubah
tidak seceria seperti dahulu
masing-masing tunduk tanda setuju
tekanan pekerjaan
tekanan kehidupan
sudah membuat kita terlalu sibuk
sehingga terlupa...
yang kita pernah berwajah gembira dan ceria
pada sedikit masa dahulu..