Sunday, November 16, 2008

percayalah

Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan

titis airmata

Ada dua titis air mata mengalir di sebuah sungai. Satu titis air mata tu menyapa air mata yg satu lagi," Saya air mata seorang gadis yang mencintai seorang lelaki tetapi telah kehilangannya. Siapa kamu pula?". Jawab titis air mata kedua tu," Saya air mata seorang lelaki yang menyesal membiarkan seorang gadis yang mencintai saya berlalu begitu sahaja."

larut dan luruh

Semalam kita sering bermain bersama-sama
wajah sungguh gembira dan ceria
ketika masih menuntut ilmu
di kota di raja.
Dan entah mengapa....
kita sudah pun berpisah
kerana telah dewasa
masing-masing mengambil jalannya sendiri-sendiri
Hari ini kita bertemu
ku lihat wajah kita sudah berubah
tidak seceria seperti dahulu
masing-masing tunduk tanda setuju
tekanan pekerjaan
tekanan kehidupan
sudah membuat kita terlalu sibuk
sehingga terlupa...
yang kita pernah berwajah gembira dan ceria
pada sedikit masa dahulu..

Sunday, September 14, 2008

tinta nor'adila yusof

Dila

Masihkah ingat kita pernah duduk bersama ditepi pantai melihat matahari melabuhkan tirai cahayanya.Biarpun hanya sinar merah di ufuk langit,tetapi kita tetap gembira.Pemandangan indah itu masih segar dalam jiwa ini dan kita abadikan dalam foto-foto yang pernah kita miliki dulu.

Mungkin sekarang kita tidak mampu lagi buat begitu.Sebab kita sering terpisah,tetapi bukan salah kamu,salah diriku.diriku seboleh-bolehnya tidak mahu terlalu banyak masa ku habis dengan mu,kerana semakin bnyak kita bersama,semakin banyak kenangan yang tercipta.Sedangkan ku semakin tak pasti dengan rasa cinta yang ku miliki ini.

Namun,ku memohon maaf kerana terpaksa meluahkan perasaan begini.ku mahu menjalani hidup yang biasa dengan kamu.Bersahabat dengan mu membuatkan ku lupa akan kekurangan diriku.

ku menulis surat ini kerana ku mahu kamu tahu,diriku mungkin bukan cinta kamu yg terbaik.Tetapi sekiranya ku mampu memerintah malam,pasti ku suruh malam melindungi tidur mu.Sekiranya ku mampu memerintah awan,pasti ku arahkan awan melindungi perjalanan diri mu dan sekiranya ku mampu memerintah pelangi,pasti ku kan suruh pelangi muncul dihadapan mu setiap waktu selepas hujan.

dila,jangan menyesali apa-apa kekurangan dalam percintaan kita,kerana kekurangan itu bukan kemahuan dirimu.ku tahu,sekiranya kamu dapat berbicara kepada bintang,pasti dirimu berpesan supaya bintang menyelimutkan tidur ku.Sekiranya dirimu dapat berbicara kepada angin.Pasti dirimu berpesan supaya angin mendendangkan lagu kepada ku pada setiap hembusanya.

diriku terlalu menyayangi percintaan kita,dan ku yakin kamu pun begitu.Namun ada lagi yang lebih berhak atas persahabatan ini.Dia yg memberi kita rasa persahabatan ini dan dia yg dapat menariknya kembali.Lambat ataupun cepat,pasti ia berlaku.Cuma ku tidak menyangka ia berlaku secepat ini,tetapi diriku tetap bersyukur kerana diberikan peluang bagi merasai percintaan ini.

dila,ku yakin kepada mu.Bercintalah dgn sesiapa pun seperti dirimu bercinta dgn diriku.Bercinta sehingga mereka tidak sedar kekurangan diri mereka.ku memohon,supaya mu mendoakan diriku nanti.jangan lupakan dia,kerana dia yg berhak atas segalanya.kerana dia jugalah yg memberikan kita rasa ini,sehingga kita berdua mampu tersenyum.

Mungkin apabila ada lagi sinar merah di ufuk langit,dirimu akan duduk bersama dengan teman hidup yg baru.Namun jgan lupakan diriku seperti lenyap nya sinar mentari….

faccalolo

bas cinta

“Analogi bagi menceritakan manusia dan cinta.cinta itu umpama menuggu bas.apabila datang bas pertama mereka tidak naik kerana merasakan bas itu terlalu uzur.apabila bas kedua sampai di hadapan mereka,mereka senyum.bas kedua ini cantik dan menepati kehendak.sayangnya mereka masih tidak naik kerana bas itu sudah penuh.akhirnya,waktu bagi sampai ke destinasi semakin singkat.alam pula semakin gelap.jadi manusia yang menuggu bas tadi,taida pilihan dan terpaksa naik bas yang ketiga.biarpun bas ketiga itu belum muncul,tetapi mereka nekad untuk menaikinya biar bagaimanapun rupa bas yang ketiga itu”

Sunday, August 31, 2008

sebuah terowong gelap

salam buat semua..
aku kecik lagi,itulah diriku bila ku terpikir untuk menulis blog.hidup penuh dengan warna-warni,dari putih ke hitam dan dari merah ke hijau.semuanya jelas kepada kita yang hidup ini penuh dengan dugaan.cuma bagaimana dan caranya untuk kita hadapinya? jangan mudah tunduk pada erti putus asa.dugaan yang diuji oleh ilahi umpama sebuah terowong gelap yg bercahaya di penghujungnya.kalu kita berputus asa pasti selamanya kita akan tetap didalam kegelapan,sebaliknya kalu kita kuatkan semangat,sudah tentu cahaya kejayaan menanti kita akhirnya.