Sunday, September 14, 2008

tinta nor'adila yusof

Dila

Masihkah ingat kita pernah duduk bersama ditepi pantai melihat matahari melabuhkan tirai cahayanya.Biarpun hanya sinar merah di ufuk langit,tetapi kita tetap gembira.Pemandangan indah itu masih segar dalam jiwa ini dan kita abadikan dalam foto-foto yang pernah kita miliki dulu.

Mungkin sekarang kita tidak mampu lagi buat begitu.Sebab kita sering terpisah,tetapi bukan salah kamu,salah diriku.diriku seboleh-bolehnya tidak mahu terlalu banyak masa ku habis dengan mu,kerana semakin bnyak kita bersama,semakin banyak kenangan yang tercipta.Sedangkan ku semakin tak pasti dengan rasa cinta yang ku miliki ini.

Namun,ku memohon maaf kerana terpaksa meluahkan perasaan begini.ku mahu menjalani hidup yang biasa dengan kamu.Bersahabat dengan mu membuatkan ku lupa akan kekurangan diriku.

ku menulis surat ini kerana ku mahu kamu tahu,diriku mungkin bukan cinta kamu yg terbaik.Tetapi sekiranya ku mampu memerintah malam,pasti ku suruh malam melindungi tidur mu.Sekiranya ku mampu memerintah awan,pasti ku arahkan awan melindungi perjalanan diri mu dan sekiranya ku mampu memerintah pelangi,pasti ku kan suruh pelangi muncul dihadapan mu setiap waktu selepas hujan.

dila,jangan menyesali apa-apa kekurangan dalam percintaan kita,kerana kekurangan itu bukan kemahuan dirimu.ku tahu,sekiranya kamu dapat berbicara kepada bintang,pasti dirimu berpesan supaya bintang menyelimutkan tidur ku.Sekiranya dirimu dapat berbicara kepada angin.Pasti dirimu berpesan supaya angin mendendangkan lagu kepada ku pada setiap hembusanya.

diriku terlalu menyayangi percintaan kita,dan ku yakin kamu pun begitu.Namun ada lagi yang lebih berhak atas persahabatan ini.Dia yg memberi kita rasa persahabatan ini dan dia yg dapat menariknya kembali.Lambat ataupun cepat,pasti ia berlaku.Cuma ku tidak menyangka ia berlaku secepat ini,tetapi diriku tetap bersyukur kerana diberikan peluang bagi merasai percintaan ini.

dila,ku yakin kepada mu.Bercintalah dgn sesiapa pun seperti dirimu bercinta dgn diriku.Bercinta sehingga mereka tidak sedar kekurangan diri mereka.ku memohon,supaya mu mendoakan diriku nanti.jangan lupakan dia,kerana dia yg berhak atas segalanya.kerana dia jugalah yg memberikan kita rasa ini,sehingga kita berdua mampu tersenyum.

Mungkin apabila ada lagi sinar merah di ufuk langit,dirimu akan duduk bersama dengan teman hidup yg baru.Namun jgan lupakan diriku seperti lenyap nya sinar mentari….

faccalolo

No comments: